Seorang
lelaki yang soleh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di
pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah apel jatuh keluar
pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat apel yang merah ranum itu
tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang
panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan
dimakannyalah buah apel yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di
makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat
izin pemiliknya.
Maka
ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya
agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di kebun itu ia
bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, “Aku
sudah makan setengah dari buah apel ini. Aku berharap anda
menghalalkannya”. Orang itu menjawab, “Aku bukan pemilik kebun ini. Aku
Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya”.
Dengan
nada menyesal Tsabit bertanya lagi, “Dimana rumah pemiliknya? Aku akan
menemuinya dan minta agar dihalalkan apel yang telah ku makan
ini.”Pengurus kebun itu memberitahukan, “Apabila engkau ingin pergi
kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam”.
Tsabit
bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya
kepada orang tua itu, “Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya,
meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan apel yang tidak halal bagiku
kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah
memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari
yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka”
Tsabit
pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung
mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit
langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata,” Wahai tuan yang
pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah apel tuan yang
jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang
sudah ku makan itu?”
Lelaki
tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia
berkata tiba-tiba, “Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali
dengan satu syarat.” Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana
takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, “Apa syarat
itu tuan?” Orang itu menjawab, “Engkau harus mengawini putriku !”
Tsabit
bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia
berkata, “Apakah kerana hanya aku makan setengah buah apelmu yang keluar
dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?”
Tetapi
pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah
menambahkan, katanya, “Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu
kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan
tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”
Tsabit
amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam
hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai
isteri gara-gara setengah buah apel yang tidak dihalalkan kepadanya?
Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, “Selain syarat itu aku tidak
boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”
Namun
Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, “Aku akan menerima pinangannya
dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan
Allah Rabbul ‘alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban
dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meridhaiku
dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi
Allah Ta’ala”.
Maka
pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi
yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai,
Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak
masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam
walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang
berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun
mengucapkan salam, “Assalamu”alaikum…”
Tak
disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi
isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak
menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut
tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi
isterinya itu menyambut uluran tangannya.
Tsabit
sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. “Kata ayahnya dia wanita
tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika
demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan
tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi
ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan
dengan mesra pula”, Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa
ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang
sebenarnya ?
Setelah
Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, “Ayahmu mengatakan
kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” Wanita itu kemudian berkata,
“Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan
Allah”. Tsabit bertanya lagi, “Ayahmu juga mengatakan bahawa engkau
tuli, mengapa?” Wanita itu menjawab, “Ayahku benar, kerana aku tidak
pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha
Allah.
Ayahku
juga mengatakan kepadamu bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?” Tanya
wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit
mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita
itu berkata, “aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya
menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja. Aku juga
dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang
boleh menimbulkan kegusaran Allah Ta’ala”.
Tsabit
amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita
yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya,
“Ketika kulihat wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di
malam yang gelap”.
Tsabit
dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia.
Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya
memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu
Hanifah An Nu’man bin Tsabit.
Sumber: http://akhwatmuslimah.com
0 komentar:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !